Tuesday, March 8, 2016

KONSEP SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM




Sains dan teknologi berkait rapat dengan aspek-aspek ajaran Islam yang murni.Sebagai agama ‘tauhid’, Islam tidak mengizinkan kita memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsipnya.

Disebabkan kekaburan maklumat yang diterima, ada di kalangan masyarakat yang menganggap sains dan teknologi sebagai suatu yang asing dari Islam.

MAKSUD SAINS ISLAM
  • Ia adalah suatu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah- kaedah tertentu.Ia dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.(Kamus Dewan, 1986:1009)
  • Sains itu merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta ini.
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan  pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia sahaja.
  • Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.
  • Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.
  • Gabungan antara falsafah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar dalam Islam.

PERANAN SAINS ISLAM
  • Membantu manusia mengenali Allah sebagai pencipta
  • Membantu manusia memahami persoalan Tauhid.
  • Menegakkan hakikat kebenaran
  • Membawa manusia bersifat tafakkur
  • Membantu manusia memenuhi keperluan material
  • Membantu dalam perlaksanaan syariat
  • Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Al Quran dan As Sunnah
  • Memenuhi keperluan manusia kepada konsep keindahan.
  • Memudahkan kehidupan manusia 

DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi ialah penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31). Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

Antara tujuan utamanya ialah:
  • Untuk memudahkan sesuatu proses kerja.
  • Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Menjimatkan masa

DEFINISI KEJURUTERAAN
  • Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia. 
  • Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.



0 comments:

Post a Comment

 
Template designed by Liza Burhan