Tuesday, March 8, 2016

PENGENALAN


ASSALAMUALAIKUM ~ !

Ahli Kumpulan:-
1. Muhammad Hazamee Bin Halimee
2. Nur Shazreen Khalida Binti Abd Hamid
3. Nur Azila Binti Amran


Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Pn. Mazlina Bt Omar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan E-folio ini. Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan dan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah lakukan. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.


            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan E-folio ini.Terima kasih.




KONSEP SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM




Sains dan teknologi berkait rapat dengan aspek-aspek ajaran Islam yang murni.Sebagai agama ‘tauhid’, Islam tidak mengizinkan kita memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsipnya.

Disebabkan kekaburan maklumat yang diterima, ada di kalangan masyarakat yang menganggap sains dan teknologi sebagai suatu yang asing dari Islam.

MAKSUD SAINS ISLAM
  • Ia adalah suatu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah- kaedah tertentu.Ia dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.(Kamus Dewan, 1986:1009)
  • Sains itu merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta ini.
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan  pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia sahaja.
  • Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.
  • Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.
  • Gabungan antara falsafah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar dalam Islam.

PERANAN SAINS ISLAM
  • Membantu manusia mengenali Allah sebagai pencipta
  • Membantu manusia memahami persoalan Tauhid.
  • Menegakkan hakikat kebenaran
  • Membawa manusia bersifat tafakkur
  • Membantu manusia memenuhi keperluan material
  • Membantu dalam perlaksanaan syariat
  • Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Al Quran dan As Sunnah
  • Memenuhi keperluan manusia kepada konsep keindahan.
  • Memudahkan kehidupan manusia 

DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi ialah penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31). Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

Antara tujuan utamanya ialah:
  • Untuk memudahkan sesuatu proses kerja.
  • Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Menjimatkan masa

DEFINISI KEJURUTERAAN
  • Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia. 
  • Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.



FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-QURAN

  1. PROSES KEJADIAN SIANG DAN MALAM
  2. PROSES KEJADIAN LAUTAN DUA WARNA
KEJADIAN SIANG DAN MALAM

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ 
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan cepat..."(Al-a'raf: 54)

Bagaimana Terjadinya Kejadian Siang Dan Malam ?


Bumi bergerak dalam dua keadaan:




1) Berputar pada paksinya. 

- Menyaksikan bahawa bumi berputar pada paksinya dari arah timur ke barat. Bagi menghasilkan satu putaran yang sempurna, ia mengambil masa selama sehari.


2) Beredar dalam garisan orbitnya. 


- Menyaksikan bumi beredar mengelilingi matahari dari arah timur ke barat pada garisan orbitnya.Bagi menghasilkan satu peredaran putaran yang sempurna ianya mengambil masa selama setahun. 



Kejadian Empat Musim

LAUTAN DUA WARNA

Dalil mengenai lautan dua warna yang terdapat dalam Al-Quran:-

BAGAIMANA TERJADINYA LAUTAN DUA WARNA  ? 


BATAS LAUTAN DUA WARNA 






FAKTA SAINTIFIK DALAM HADIS

  1. HABBATUS SAUDA
  2. KEAJAIBAN KURMA

APAKAH HABBATUS SAUDA ?


 
  • Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini.
  • Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya. 


 HABBATUS SAUDA

Dalil mengenai habbatus sauda dalam hadis 


















Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


CIRI-CIRI UTAMA HABBATUS SAUDA
1. Nilai pemakanan dari Habbatus Sauda Habbatus Sauda kaya dengan 

  • monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • fatty acid yang tidak tepu

2. Sistem  imunisasi daripada habutussauda   berupaya meningkatkan  sistem  imunisasi   daya lawan  penyakit
3. Anti-histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel – sel  mast di dalam badan  yang menyebabkan kesan –kesan allergik
4. Anti-tumor berupaya menghalang pembentukan sel sel tumor dan dapat menghalang penyakit kanser 


PENYELIDIKAN DALAM ILMU KEDOKTORAN

S
uatu ulasan ilmu kedoktoran  menunjukkan  bahawa kandungan habbatussauda mempunyai:
  • Antiinflamasi, mengubati perih radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract , mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract , mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu. 


BAGAIMANA HABATUS SAUDA BERFUNGSI MERAWAT PENYAKIT  

  • Menguatkan sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatusauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.
  • Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mentel, seksual dan pelbagai aktiviti.
  • Melancar semula perjalanan darah dan ini membantu ke arah penyembuhan semulajadi.
  • Kandungan nigellon yang terdapat didalamnya terbaik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, lelah dan radang tengkorok.
  • Membantu menguat kembali fungsi-fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-bahgian lain dalam tubuh seperti sediakala. Oleh itu, insya-Allah ia boleh membantu pesakit kencing manis, gout, jantung dan sebagainya.



PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUS SAUDA

  1. Darah tinggi
  2. Kencing Manis
  3. Resdung
  4. Asma
  5. Luka-luka dihari
  6. Batu karang
  7. Sakit buah pinggang 



10 Manfaat Habbatus Sauda




KEAJAIBAN KURMA
  • Dalil mengenai Kurma yang terdapat dalam hadis 

Seperti di antaranya dalam surat Ar-Rahman ayat 11 dijelaskan;


وَفِي الأَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِّنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاء وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأُكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

“Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang memiliki kelomak mayang”. Juga ayat lain “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” 
(Q.S Ar-Ra’d: 4)



APAKAH ITU KURMA ?



Kurma adalah tanaman palma (Arecaceae) dalam genus Phoenix. Nama buahnya diambil dari nama pohonnya dan dapat dimakan. Buah kurma ini telah menjadi makanan pokok di Timur Tengah selama ribuan tahun lamanya.

Dalam bahasa Arab disebut  
تمر‎ Tamr; dan nama latin disebut Phoenix dactylifera. Walaupun tempat asalnya tidak diketahui karena telah sejak lama dibudidayakan, kemungkinan tanaman ini berasal dari tanah sekitar Teluk Persia. Ukuran pohonnya sedang dengan tinggi sekitar 15-25 m, tumbuh secara tunggal atau membentuk rumpun pada sejumlah batang dari sebuah sistem akar tunggal. Daunnya memiliki panjang 3-5 m, dengan duri pada tangkai daun, menyirip dan mempunyai sekitar 150 pucuk daun muda; daun mudanya berukuran dengan panjang 30 cm dan lebar 2 cm. Rentangan penuh mahkotanya berkisar dari 6-10 m.



RAHSIA KEISTIMEWAAN BUAH KURMA
  • Dapat melindungi tubuh  daripada racun
  • Mengandungi zat anti kanser
  • Mengandungi kadar gula yang tinggi
  • Sebagai sumber protiein
  • Mengandungi vitamin yang lengkap
  • Sumber unsur minerall
  • Sangat baik untuk ibu mengandung seta melahirkan 


KURMA DALAM HADIS
  • Rasulullah SAW bersabda, “Kurma itu menghilangkan penyakit dan tidak membawa penyakit. Ia berasal dari surga. Dan di dalamnya terkandung obat.”
  • Rasulullah SAW bersabda, “Rumah yang didalamnya tidak ada kurma, penghuninya adalah orang-orang lapar.” (HR. Bukhari)
  • Rasulullah SAW bersabda, “Kurma ajwa yang baik berkhasiat sebagai penyembuh.”
  • Aisyah berkata, “Rasulullah telah menyebut kurma dan susu sebagai makanan terbaik diantara makanan lainnya.”
  • Muslim berkata, “Abdullah bin Ghifar melihat Rasulullah mengonsumsi mentimun bersama kurma rutab.”
  • Sa’ad ra mendengar Rasulullah bersabda, “Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu.” (HR. Bukhari).




JENIS-JENIS KURMA






Saturday, March 5, 2016

RUJUKAN



(c):- Muslimah

 
Template designed by Liza Burhan